Pages

Wednesday, 18 April 2012

Bercinta :D


            Lumrah manusia biasa, ingin mencintai dan dicintai. Namun, siapa yang berhak untuk dicintai? Siapakah yang selayaknya dicintai? Carilah cintaNya. Gapailah cintaNya. Genggamlah cintaNya. Kerana hanya Dia yang benar-benar sempurna dan layak bertakhta di dalam hati kita yang bergelar hamba. Tapi, kalau melihat pada muda-mudi sekarang, cinta manusia lebih diagungkan. Bukan semua, namun bukan juga sedikit bilangannya yang begitu!

Ayat ni saya dapat dari seorang teman di facebook.

Sudah 4 tahun, dia jadi pakwe aku..Maka, sudah 4 tahun kami 'bersama' saling menyintai.. 

4 tahun bersama..? 
Hanya sebagai 'pakwe makwe' sahaja..? 
Lepas tu bangga tayang 'relationship' di sidebar blog,fb dan sebagainye ! 

Selama 4 tahun itu..
Agaknya sudah berapa banyak dosa maksiat dilakukan bersama ?
Dosa bersentuh-sentuhan..
Dosa berapat-rapatan..
Dosa dating di tempat sunyi..
Dosa membonceng
Dosa berduaan dlm taman dan dlm kereta
Dosa bermanja-manja
Dosa rindu
Dosa zina hati
Dosa melihat aurat awek..
Dosa berbual hal seksual bersama...

Lainlah kalau sudah 4 tahun bersama sebagai suami isteri..
Barulah layak dibanggakan..!! 



             Saya sangat setuju dengan kata-kata di atas. Ramai manusia sekarang terlalu bangga menayangkan kemaksiatan secara terang-terangan. Kalau tengok fenomena di facebook misalnya, macam-macam kemaksiatan terdedah. Bila dah syok sangat bercinta, bangga dapat menayangkan gambar pasangan masaing-masing. Ada yang bergambar berkepit-kepit, berpegangan tangan dan sebagainya. Walhal, statusnya masih haram. Tidak takutkah? Setiap mata yang memandangnya akan menjadi saksi pendakwaan dosa kamu di akhirat. Selalu juga kita dengar, mungkin belum sedar. Ya, benar, kesedaran atau hidayah milik Allah. Tapi, kita sendiri harus berusaha mendapatkannya. Tanda jika iman masih di dada antaranya ialah rasa gelisah dengan perbuatan salah atau maksiat yang dilakukan. Jadi, syukurlah jika anda masih merasakannya dan berusahalah untuk mengubahnya.

               Berbalik kepada soal bercinta, jika benar anda serius, halalkanlah perhubungan tersebut. Jika belum bersedia, buatlah persediaan yang secukupnya. Jangan ditambah dosa yang sedia ada. Saya lihat fenomena kahwin muda semakin mendapat tempat. Ianya suatu yang positif, namun pasangan itu juga harus memperbaiki diri dari masa ke masa demi melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa. Hidup di dunia ini bukan sekadar suka-suka.

Wallahua'lam.

Sunday, 8 April 2012

Tegur-menegur amalan mulia

Setiap orang pasti ada kebaikan dan keburukannya. Sebagai manusia biasa, itu lumrah kerana kita bukan maksum. Oleh itu, kita harus terima sahabat-sahabat kita secara positif. Kadang-kadang pasti terlintas rasa tak puas hati terhadap rakan, namun itu bukan alasan untuk kita membenci mereka. Sahabat yang baik, akan membimbing sahabatnya yang tergelincir, bukan membiarkan mereka terus tergelincir dan seterusnya tenggelam di balik cenuram dalam. 

       Selalu sangat kita mendengar orang cakap : "kalau nak tegur orang tu, cermin diri sndiri tu dulu...kau pun buat jugak!" atau "jangan nak tegur aku, sedar diri kau tu sikit, 2x5 je" atau "kalau nak tegur orang tu, tengok diri kau tu dulu, macam la kau tu baik sgt!" dan ayat-ayat yang seangkatan dan semaksud dengannya...

TAPI, takkanlah kita mahu menunggu kita sempurna atau kita tak berbuat sebarang kesalahan dahulu baru kita boleh menegur??alamatnya smpai bila-bila pun kita takkan mampu menegur kerana manusia memang tak sempurna...

       Nabi s.a.w. b'sabda yg b'mksud, "SsungguhY Allah, x m'azab orng ramai dgn p'buatn yg dilakukn oleh org yg khusus (Allah tdk m'azabkn org ramai apb ada gol. t'tentu m'gerjakn maksiat dlm klngn mrka) shinggalah mrka mlht maksiat blaku di kalangan mrka sdangkan mrka mmpu mncegahY ttpi tiba2 mrka tdk mcegahY."(riwayat Imam Ahmad)



Dan pastinya, tangan jangan pernah lekang menadah doa minta petunjuk dan hidayah dari Allah S.W.T


                        Seseorang yang hari ini LEBIH BAIK dari hari semalam, ia orang BERJAYA;
                      Seseorang yang hari ini SAMA dengan hari semalam, ia orang yang SIA-SIA;
                    Seseorang yang hari ini LEBIH BURUK dari hari semalam, ia orang yang CELAKA.



Wallahua'lam

Monday, 26 March 2012

Berubah

Melakukan perubahan BUKAN perkara sukar. Yang sukar ialah kekal dalam perubahan yang dilakukan. 

Berubah? Apa yang perlu diubah? Dalam hidup ini, kita tidak boleh terlalu cepat berpuas hati. Dengan apa sahaja yang kita miliki atau yang kita lakukan. Pastinya bila berbicara mengenai perubahan, kita akan melakukan sesuatu yang lebih baik. Ada ke orang yang nak ubah ke arah yang lebih buruk? Pastinya tiada. 

Berubah ke arah kebaikan memang banyak cabarannya. Ialah, melakukan sesuatu yang baru yang lain daripada kebiasaan kita pastinya sukar. Analoginya, jika kita selalu menulis dengan tangan kanan, pastinya kekok bila disuruh menulis dengan tangan kiri? Benar bukan? :)

Saya punya seorang kawan. Dia memang berkeinginan untuk berubah. Sayu dengar cerita kisah hidupnya. Bagaimana didikan keluarga menjadikan dirinya sedikit alpa dengan dunia. Tapi, alhamdulillah, kesedaran untuk berubah itu ada. Namun, faktor terbesar yang melemahkan semangatnya ialah persekitaran. Persekitaran memang memainkan faktor penting dalam memacu diri ke arah yang lebih baik. Persekitaran yang baik, dikelilingi oleh teman-teman yang baik dan positif boleh menguatkan diri kita sendiri. Namun, bukan semua persekitaran itu baik.

Oleh itu, insan yang mahu berubah perlu cekal. Perubahan sedikit demi sedikit tetapi istiqamah itu amat baik. Namun, hidayah itu tidak datang bergolek. Kita mahu berubah? Haruslah ada usaha ke arah itu. Bagaimana mahu berusaha? Tuntutlah ilmu.

“Sesiapa yang Allah S.W.T kehendaki kebaikan padanya, akan diberi kefahaman di dalam agama.”
 - (Hadis riwayat Ahmad di dalam Kitab Min Musnad Bani Hashim)

Saya juga masih merangkak dalam usaha membaiki diri ke arah yang lebih baik. Sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan, bukan hanya untuk dunia, namun di akhirat sana juga perlu dititikberatkan. Wallahua'alam. :)

Sunday, 25 March 2012

Noorah

Saya tidak pernah menjangka akan mengenali seorang wanita yang cukup KUAT!
Ya, sangat KUAT. melahirkan rasa kagum yang sangat tinggi.


‘Saat dia mula mengenal Islam, kisah silam yang suram hanya tinggal sejarah, walaupun ujian datang dengan seribu wajah’
-petikan muka depan NOORAH 


Saya tidak mengenali Noorah secara peribadi, namun, membacanya mengenai beliau melalui novel travelog tarbiah tulisan Ummu hani Abu Hassan membuatkan saya terasa ingin mengenali beliau secara peribadi.

Sedikit mengenai novel ini, asalnya, saya tertanya-tanya juga apa keistimewaan wanita ini sehingga kisah beliau dijadikan novel. Selepas beberapa bab pembacaan, saya temui sebabnya. Beliau sangat istimewa. cukup istimewa! Kathryn atau Noorah mengenali Islam selepas berhijrah ke London.

Hidupnya sentiasa teruji, kemelut rumah tangga, kehilangan anak-anak, penyakit barah dan lain-lain, namun beliau wanita tabah, ibu tunggal yang cukup kental jiwanya. Jujur, saya cukup mengagumi keperibadian beliau! Fikiran yang positif dan keyakinan bahawa terdapat hikmah di sebalik setiap ujian menguatkan lagi semangat beliau.


Untuk lebih jelas mengenai kisah hidup Noorah, dapatkan novel travelog tarbiah karya Ummu Hani Abu Hassan ini. Saya sangat mengesyorkan buku ini dijadikan bahan bacaan khususnya kepada kaum wanita.

*buku ini merupakan hadiah ulang tahun kelahiran saya ke-23. Kata si pemberi, dia mahu saya jadi seperti Noorah. InsyaAllah, saya sangat berterima kasih atas hadiah yang cukup bermakna ini. Syukran alaik :)

Friday, 23 March 2012

Bismillah

Pertama, masih memikirkan idea untuk mencoretkan sesuatu. hee

Sudah lama sebenarnya berkeinginan untuk memliki blog dan menulis di blog.
Walaupun menyedari diri ini mungkin bukan penulis yang baik... :)
Alhamdulillah, penulisan ini hanya sekadar coretan di waktu berkelapangan. Harap ianya mampu memberi manfaat kepada semua.

Asalnya sejarah blog ini bermula dengan tugasan untuk subjek.
Dari dulu saya memang sudah meminati blog, namun, tidak ada kekuatan atau dorongan yang kuat untuk merealisasikannya.

Syukur, sedikit "paksaan" dari pensyarah yang ingin saya menghasilkan blog menzahirkan minat saya ini.
Saya orang baru. Jadi, mohon bimbingan teman-teman sekalian.
Sekian.