Setiap orang pasti ada kebaikan dan keburukannya. Sebagai manusia biasa, itu lumrah kerana kita bukan maksum. Oleh itu, kita harus terima sahabat-sahabat kita secara positif. Kadang-kadang pasti terlintas rasa tak puas hati terhadap rakan, namun itu bukan alasan untuk kita membenci mereka. Sahabat yang baik, akan membimbing sahabatnya yang tergelincir, bukan membiarkan mereka terus tergelincir dan seterusnya tenggelam di balik cenuram dalam.
Selalu sangat kita mendengar orang cakap : "kalau nak tegur orang tu, cermin diri sndiri tu dulu...kau pun buat jugak!" atau "jangan nak tegur aku, sedar diri kau tu sikit, 2x5 je" atau "kalau nak tegur orang tu, tengok diri kau tu dulu, macam la kau tu baik sgt!" dan ayat-ayat yang seangkatan dan semaksud dengannya...
TAPI, takkanlah kita mahu menunggu kita sempurna atau kita tak berbuat sebarang kesalahan dahulu baru kita boleh menegur??alamatnya smpai bila-bila pun kita takkan mampu menegur kerana manusia memang tak sempurna...
Nabi s.a.w. b'sabda yg b'mksud, "SsungguhY Allah, x m'azab orng ramai dgn p'buatn yg dilakukn oleh org yg khusus (Allah tdk m'azabkn org ramai apb ada gol. t'tentu m'gerjakn maksiat dlm klngn mrka) shinggalah mrka mlht maksiat blaku di kalangan mrka sdangkan mrka mmpu mncegahY ttpi tiba2 mrka tdk mcegahY."(riwayat Imam Ahmad)
Dan pastinya, tangan jangan pernah lekang menadah doa minta petunjuk dan hidayah dari Allah S.W.T
Seseorang yang hari ini LEBIH BAIK dari hari semalam, ia orang BERJAYA;
Seseorang yang hari ini SAMA dengan hari semalam, ia orang yang SIA-SIA;
Seseorang yang hari ini LEBIH BURUK dari hari semalam, ia orang yang CELAKA.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment