Pages

Thursday 1 November 2012

Rezeki

Lama tidak menulis. Otak beku seketika. Urmmm...apa topik kali ni ye??
Sedikit coretan buat perkongsian. Kebetulan tadi berkesempatan ke sekolah lama, niat asal nak menguruskan hal berkenaan tesis. Jadi, sementara menanti guru yang ingin ditemui selesai kelas, sempat merayau-rayau di sekitar kawasan perpustakaan. Tiba-tiba ternampak keratan akhbar lama tentang diri sendiri. Senyum seketika, rupanya pihak sekolah masih mengekalkannya :)

Ok, itu bukan hal penting. Kisahnya, ketika berbual dengan guru perpustakaan, sempat bercerita hal itu dan ini. Semuanya berkisar tentang tesis yang bakal dibuat. Kebetulan dalam perpustakaan ada seorang pembantu perpustakaan, usianya mungkin mencecah 40. Perempuan.

Sudah ditakdirkan rezeki beliau. Cerita cikgu saya, dulu beliau merupakan tukang sapu sekolah. Kemudian, guru perpustakaan memohon seorang pembantu perpustakaan, jadi beliau telah dinaikkan pangkat. Tapi beliau sangat rajin belajar. Malah, sekarang, kemahiran komputernya lebih baik daripada guru saya (ini cikgu saya yang cakap.hehe). Bayangkan, daripada pegang penyapu, beliau kini terpaksa berdepan dengan teknologi terutamanya komputer. Sesuatu yang sangat membanggakan bagi saya! :D

Itulah kisah manusia. Pelbagai ragam, pelbagai rencah. Moga kita dapat mengambil pengajaran dengan memerhatikan semua yang ada di sekeliling kita. Dan, jangan pernah putus asa, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia?heee..Rezeki ada di mana-mana. Jadi, berfikiran positif sepanjang masa dan salurkan aura positif itu kepada orang lain juga!

#Sekian.