Pages

Thursday 1 November 2012

Rezeki

Lama tidak menulis. Otak beku seketika. Urmmm...apa topik kali ni ye??
Sedikit coretan buat perkongsian. Kebetulan tadi berkesempatan ke sekolah lama, niat asal nak menguruskan hal berkenaan tesis. Jadi, sementara menanti guru yang ingin ditemui selesai kelas, sempat merayau-rayau di sekitar kawasan perpustakaan. Tiba-tiba ternampak keratan akhbar lama tentang diri sendiri. Senyum seketika, rupanya pihak sekolah masih mengekalkannya :)

Ok, itu bukan hal penting. Kisahnya, ketika berbual dengan guru perpustakaan, sempat bercerita hal itu dan ini. Semuanya berkisar tentang tesis yang bakal dibuat. Kebetulan dalam perpustakaan ada seorang pembantu perpustakaan, usianya mungkin mencecah 40. Perempuan.

Sudah ditakdirkan rezeki beliau. Cerita cikgu saya, dulu beliau merupakan tukang sapu sekolah. Kemudian, guru perpustakaan memohon seorang pembantu perpustakaan, jadi beliau telah dinaikkan pangkat. Tapi beliau sangat rajin belajar. Malah, sekarang, kemahiran komputernya lebih baik daripada guru saya (ini cikgu saya yang cakap.hehe). Bayangkan, daripada pegang penyapu, beliau kini terpaksa berdepan dengan teknologi terutamanya komputer. Sesuatu yang sangat membanggakan bagi saya! :D

Itulah kisah manusia. Pelbagai ragam, pelbagai rencah. Moga kita dapat mengambil pengajaran dengan memerhatikan semua yang ada di sekeliling kita. Dan, jangan pernah putus asa, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia?heee..Rezeki ada di mana-mana. Jadi, berfikiran positif sepanjang masa dan salurkan aura positif itu kepada orang lain juga!

#Sekian.

Monday 4 June 2012

SIBUK =_="


Sibuk? Hdup ini umpama sebuah pelayaran yang menyebabkan kita seringkali terkapar-kapar lalu hampir tenggelam dalam kesibukan kita mengejar hal-hal dunia… Hingga tidak mampu untuk kita menghulurkn tangan memohon kelapangan dari Allah s.w.t.

Teringat kuliah seorang ustaz.. “Gaji seratus, seribu atau sejuta, makan nasi tetap sepinggan, minum tetap segelas…jadi kenapa kita terlalu sibuk sampai tiada masa untuk mengaji?”
Maksudnya ringkas, untuk apa kita terlalu mengejar kemewahan dunia sehingga mengabaikan akhirat? Mengabaikan tuntutan mengejar ilmu? Belajar ilmu akhirat? Kita bekerja untuk apa sebenarnya? Oleh itu, fikirlah, apa sebenanrnya yang kita sibukkan?

Kesibukan itulah yang seringkali menghalang kita untuk duduk sejenak berfikir dan cuba untuk menghargai kehidupan yang sementara ini. Ikhlas, diri ini mngajak kita semua, termasuk diri saya sendiri untuk sama-sama merenung kembali kehidupn kita… Apa yang kita sibukkan? Apa yang menjadikan kita sibuk? Ke mana kita sibukkan kehidupn kita? Adakah kita perlu sibuk dalam setiap detik kehidupan? Jujur, kadangkala saya juga terleka dengan mainan duniawi… Jangan pernah kita memandang rendah dengan kesibukan yang sering mengerumuni jiwa kita. Perlu ada masa untuk kita merenung dan menilai smula setiap perbuatan kita dan membetulkan kembali asas kehidupan… Kita perlu sedar siapa diri kita yang sebenarnya; ayah, ibu, pekerja, pelajar, dan yang paling penting HAMBA Allah s.w.t… 

Renungan buat kita bersama untuk kita sama-sama fikirkan apa yang telah kita lalui selama ini… ^^,

Wednesday 30 May 2012

Hiburan dalam Islam

Siapa tak suka dengar muzik? pastinya semua org suka... Saya tertarik nak berbicara soal hiburan slps timbul beberapa isu kebelakangan ini ttg budaya hedonisme yg melampau-lampau... Semester yg lps, sy pernah membuat satu tugasan mengenai kesenian dalam Islam... Ini tugasan berkumpulan dan kami banyak melakukan pembacaan dan menemu ramah individu berkaiatan termasuklah artis sendiri... Jadi, di sini saya kongsikan sebahagian daripada kandungan tugasan sy itu... Yang ini mengenai nyanyian. Yela, zaman sekarang ni, mcm2 muzik meresap masuk... plg menonjol, KPOP yg skrg menjadi kegilaan remaja terutamanya. Mesti ada yg mempersoalkan: "Salah ke nk berhibur?nk tgok diorg menyanyi?"... Ye, TAK SALAH!... tapi, ada syaratnya :)

Syarat-syarat yang menghalalkan nyanyian.
Nyanyian merupakan salah satu alternatif hiburan kepada manusia. Nyanyian ialah mengeluarkan suara bernada, berlagu, sama ada dengan lirik atau tidak. Lumrah manusia sukakan kelunakan atau kemerduan nyanyian atau suara. Oleh itu, nyanyian yang merdu dan lunak disukai dalam keadaan tertentu terutamanya bagi menenangkan hati yang kusut atau berserabut. Persoalan hukum nyanyian dan muzik merupakan persoalan khilaf antara ulama sepanjang zaman. Ulama sememangnya berselisih pendapat mengenai hukum nyanyian. Sesetengah ulama berpendapat, sebarang bentuk nyanyian atau muzik adalah haram atas dasar ianya melalaikan manusia dengan dalil-dalil tertentu antaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan khamar, judi, dan muzik; semua yang memabukkan hukumnya haram.” (Riwayat Al-Bukhari)

Namun, tidak ada satu dalil yang jelas dalam Al-Quran dan hadith yang menunjukkan pengharaman nyanyian malah terdapat hadith sahih yang mengharuskannya iaitu hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah saw telah masuk (menemui saya), ketika itu dua orang jariah (budak perempuan) sedang menyanyi- nyanyi (memperingati perang) Baath. Baginda (mendengar nyanyian) sambil berbaring ditempat baringku dan dipalingkan mukanya. (Tiba-tiba) masuk Abu Bakar r.a serta mengherdik saya dengan katanya serunai (mizmar) syaitan disisi nabi saw. Rasulullah saw mengadap Abu Bakar seraya berkata: Biarkan mereka menyanyi (tidak mengapa). Apabila keadaan Rasulullah saw agak selesa dan leka, aku mengisyaratkan dengan mataku kepada dua penyanyi tadi maka mereka pun berhenti menyanyi dan keluar (meninggalkan kami).

Dalam Islam sendiri juga tidak ada garis panduan yang jelas dan ketat mengenai syarat-syarat yang mengharuskan nyanyian. Walau bagaimanapun, bagi ulama yang mengharuskan nyanyian, masih ada garis panduan dan batas yang ditetapkan bagi sesuatu nyanyian itu. Selagi nyanyian itu tidak melanggar batas-batas syariat, ianya dibolehkan dan diharuskan andai tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam seperti mendorong manusia membuat maksiat atau kerosakan. Nyanyian juga diharuskan bagi meraikan sesuatu perkara yang menggembirakan seperti perkahwinan atau keraian.

Antara syarat-syarat lain ialah tidak boleh disertai oleh perkara-perkara kemungkaran seperti minum arak, berjudi, berzina dan bercampur antara lelaki dan perempuan. Selain itu, nyanyian itu perlu bebas daripada menimbulkan cinta berahi pada wanita atau sebaliknya dan mengandungi hal-hal yang tidak baik, seperti dilakukan dengan cara-cara yang merangsangkan, suara yang menggoda dan syair-syair yang porno. Nyanyian itu juga perlulah mempunyai batas dan tidak menyebabkan kelalaian bagi orang yang mendengarnya seperti meninggalkan solat atau menangguhkan pekerjaan yang lebih penting. Selain daripada mesej atau kandungan nyanyian, aspek penyampaian atau persembahan juga perlu dititikberatkan. Nyanyian yang membawa mesej yang positif jika disampaikan dengan cara yang tidak sesuai seperti penyanyinya mendedahkan aurat dan sebagainya adalah dilarang. Hal ini kerana ianya akan menimbulkan fitnah dan menaikkan nafsu orang yang melihatnya.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, Jawatankuasa Syariah memutuskan sebulat suara untuk meletakkan syarat-syarat berikut untuk mengharuskan nyanyian antaranya ialah penganjuran nyanyian tersebut adalah bertujuan untuk kebaikan. Selain itu, pakaian hendaklah sopan dan menutup aurat dan tidak bercampur aduk lelaki perempuan sehingga menimbulkan fitnah dan merangsang kemaksiatan. Senikata atau lirik juga perlulah bermutu dan tidak bercanggah dengan hukum syarak selain tempat dan gaya persembahan yang tidak mengundang maksiat


Antara dalil yang diguna pakai oleh ulama yang membenarkan nyanyian ialah dalil daripada Surah Luqman, ayat 19 yang bermaksud; “...dan lunakkanlah suaramu. Sesungguh-nya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”. Selain itu terdapat hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud; Aisyah pernah mengahwinkan seorang wanita dengan seorang laki-laki Ansar. Ketika itu Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya “Wahai Aisyah, tidak adakah kalian mempunyai hiburan (nyanyian) sesungguhnya orang-orang Ansar menyukai hiburan (nyanyian)” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad bin Hanbal).

Pada dasarnya, mendengar nyanyian adalah tidak salah namun hukumnya berubah menjadi haram sekiranya syarat-syaratnya tidak dipenuhi. Menurut Dr Wahbah Az-Zuhaili
“Sesungguhnya lagu-lagu patriotik atau yang mendorong pada kebaikan atau jihad (perjuangan), tiada halangan (haram) baginya dengan syarat tiada percampuran bebas dan menutup aurat wanita kecuali muka dan tapak tangan. Namun lagu-lagu yang mendorong pada kejahatan, tidak syak akan pengharamannya, hatta di kalangan mereka yang mengharuskan nyanyian, khususnya kemungkaran di radio dan televisyen yang banyak terdapat di zaman kita hari ini”.

Dalam kalangan ulama Fiqh terdapat dua jenis haram, iaitu haram zati (kerana bendanya), dan haram aridi (kerana sifat atau penggunaannya). Alat-alat muzik dan nyanyian tergolong dalam jenis kedua, iaitu pengharamannya bergantung pada penggunaan dan isinya.

Antara rujukan:

Baha Zain, 1999, Mencari Imej Malaysia, Yayasan Kesenian Perak, Perak.
Hashim Awang AR, 1997, Seni dan Kosmologi, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Raja Ahmad Aminullah, 2004, Isu-Isu dan Cabaran Tradisi dan Seni Sezaman, Yayasan Kesenian Perak.
Manja Mohd Ludin (1995), Aspek-Aspek Kesenian Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Seyyed Hossein Nasir (1987), Spiritualitas dan Seni Islam, Mizan, Bandung.
Abdurrahman Al- Baghdadi (1991), Seni Dalam Pandangan Islam : Seni Vocal, Musik, Tari, Gema Insani Press, Jakarta.

Jadi, sebagai manusia yg dikurniakan akal fikiran yg sihat dan waras, kita sendiri nilailah apa yg baik, dan apa yg buruk. Fikir-fikirkan demi masa hadapan kita yg hakiki :)

Wallahua'lam

Saturday 26 May 2012

Bila Hati Dah Sayang

Bila hati dah sayang, apa yang buruk pun nampak baik, apa yang jelik pun nampak cantik, kan? Tapi, setinggi mana pun rasa sayang kita pada manusia, jangan sampai melebihi sayang kita pada sang Pencipta. Ramai yang bercakap, jangan pentingkan diri sendiri, tapi...tiada yang cakap jangan sayang diri sendiri kan? Jadi, sayangi diri kita terlebih dahulu.  Sayang diri sendiri tak bermakna kita pentingkan diri sendiri. Dalam kita sayang pada diri kita sendiri, kita juga sayang pada orang lain. Jangan kerana sayangkan orang lain, kita abaikan perasaan atau diri kita sendiri. Dalam kita berkawan, kita dituntut menyayangi sahabat kita itu dengan ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang balasan. Prinsip saya, ikhlaskan diri, insyaAllah Allah akan jaga hubungan kita dengan orang lain. Apapun yang terjadi, insyaAllah saya tetap sayangkan sahabat-sahabat saya. Amin.
Sahabat Sejati : UNIC

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Wednesday 9 May 2012

JANGAN MARAH!!!LA TAGHDAB!!! >.

Kadang-kadang kita pon mesti rasa marah. Marah ni banyak sebab. Kalau kita bijak, kita boleh kawal marah kita tu... Marah yang berlebih-lebihan tanpa asas yang kukuh menimbulkan banyak masalah. Saya pun sama, kadang kala timbul juga rasa marah, tapi saya ni jenis memendam. Saya takkan marah orang directly. Hurmmm, bila difikirkan, saya risau timbul masalah lain yang lebih teruk jika saya terlalu mengekspresikan rasa marah saya. Bagi saya, cukup kita menegur dengan cara baik jika kita tidak berpuas hati atau marah dengan seseorang. Dan kadang-kadang marah bukan hanya melibatkan orang, kita juga boleh marah pada benda, kerja atau diri sendiri. Betul tak? :)

Masih marah? ni sedikit tips yang saya boleh kongsikan;

Kawalan emosi dalam Islam:


Menerusi Al-Baqarah:41-45, Allah swt menjelaskan kaedah untuk berdepan dengan masalah yang membangkitkan rasa marah. 1st step yang perlu dilakukan ialah beristighfar pohon keampunan Ilahi. Sebbbnya, kemungkinan besar masalah yang kita hadapi adalah salah satu kifarah terhadap dosa-dosa kita.Then, kita diminta mengambil wudhu' n mendirikn solat. Secara psikologi, marah tak membabitkn masa yang lama. Marah lazimnya hanya around 5 minutes, da rest adalah ego, imej, maruah dan segala bentuk penyakit hati yang membuatkan kita keras hati dan berdegil dengan pendirian kita walapun kita tahu sebenarnya kita kalah dalam "perlawanan" yg membangkitkan kemarahan itu.


Cikgu saya pun bagitahu perkara yang sama. Manusia marah sekejap je, yang lebih-lebih ego manusia itu sendiri. Kadang-kadang bila terlalu marah, fikiran pun tak berapa rasional. Semua nampak tak kena. Sebab tu kita kena cepat bertenang.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w, “Berilah saya nasihat.” Baginda bersabda, “Jangan marah” Lelaki itu terus mengulang-ulang permintaannya dan baginda tetap menjawab, “Jangan marah.” (HR. Bukhari)


Imam Nawawi rahimahullah mengatakan, “Makna jangan marah iaitu janganlah kamu tumpahkan kemarahanmu. Larangan ini bukan tertuju kepada rasa marah itu sendiri. Kerana pada hakikatnya marah adalah tabiat manusia, yang tidak mungkin boleh dihilangkan dari perasaan manusia”.


Jadi, jangan serabutkan fikiran kita dengan marah-marah. Buatlah apa sahaja yang anda rasa sesuai nak hilangkan rasa marah tu... Kalau kita bertenang dan tak marah-marah, orang pun suka kita kan? :)

Wallahua'lam~





Wednesday 18 April 2012

Bercinta :D


            Lumrah manusia biasa, ingin mencintai dan dicintai. Namun, siapa yang berhak untuk dicintai? Siapakah yang selayaknya dicintai? Carilah cintaNya. Gapailah cintaNya. Genggamlah cintaNya. Kerana hanya Dia yang benar-benar sempurna dan layak bertakhta di dalam hati kita yang bergelar hamba. Tapi, kalau melihat pada muda-mudi sekarang, cinta manusia lebih diagungkan. Bukan semua, namun bukan juga sedikit bilangannya yang begitu!

Ayat ni saya dapat dari seorang teman di facebook.

Sudah 4 tahun, dia jadi pakwe aku..Maka, sudah 4 tahun kami 'bersama' saling menyintai.. 

4 tahun bersama..? 
Hanya sebagai 'pakwe makwe' sahaja..? 
Lepas tu bangga tayang 'relationship' di sidebar blog,fb dan sebagainye ! 

Selama 4 tahun itu..
Agaknya sudah berapa banyak dosa maksiat dilakukan bersama ?
Dosa bersentuh-sentuhan..
Dosa berapat-rapatan..
Dosa dating di tempat sunyi..
Dosa membonceng
Dosa berduaan dlm taman dan dlm kereta
Dosa bermanja-manja
Dosa rindu
Dosa zina hati
Dosa melihat aurat awek..
Dosa berbual hal seksual bersama...

Lainlah kalau sudah 4 tahun bersama sebagai suami isteri..
Barulah layak dibanggakan..!! 



             Saya sangat setuju dengan kata-kata di atas. Ramai manusia sekarang terlalu bangga menayangkan kemaksiatan secara terang-terangan. Kalau tengok fenomena di facebook misalnya, macam-macam kemaksiatan terdedah. Bila dah syok sangat bercinta, bangga dapat menayangkan gambar pasangan masaing-masing. Ada yang bergambar berkepit-kepit, berpegangan tangan dan sebagainya. Walhal, statusnya masih haram. Tidak takutkah? Setiap mata yang memandangnya akan menjadi saksi pendakwaan dosa kamu di akhirat. Selalu juga kita dengar, mungkin belum sedar. Ya, benar, kesedaran atau hidayah milik Allah. Tapi, kita sendiri harus berusaha mendapatkannya. Tanda jika iman masih di dada antaranya ialah rasa gelisah dengan perbuatan salah atau maksiat yang dilakukan. Jadi, syukurlah jika anda masih merasakannya dan berusahalah untuk mengubahnya.

               Berbalik kepada soal bercinta, jika benar anda serius, halalkanlah perhubungan tersebut. Jika belum bersedia, buatlah persediaan yang secukupnya. Jangan ditambah dosa yang sedia ada. Saya lihat fenomena kahwin muda semakin mendapat tempat. Ianya suatu yang positif, namun pasangan itu juga harus memperbaiki diri dari masa ke masa demi melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa. Hidup di dunia ini bukan sekadar suka-suka.

Wallahua'lam.

Sunday 8 April 2012

Tegur-menegur amalan mulia

Setiap orang pasti ada kebaikan dan keburukannya. Sebagai manusia biasa, itu lumrah kerana kita bukan maksum. Oleh itu, kita harus terima sahabat-sahabat kita secara positif. Kadang-kadang pasti terlintas rasa tak puas hati terhadap rakan, namun itu bukan alasan untuk kita membenci mereka. Sahabat yang baik, akan membimbing sahabatnya yang tergelincir, bukan membiarkan mereka terus tergelincir dan seterusnya tenggelam di balik cenuram dalam. 

       Selalu sangat kita mendengar orang cakap : "kalau nak tegur orang tu, cermin diri sndiri tu dulu...kau pun buat jugak!" atau "jangan nak tegur aku, sedar diri kau tu sikit, 2x5 je" atau "kalau nak tegur orang tu, tengok diri kau tu dulu, macam la kau tu baik sgt!" dan ayat-ayat yang seangkatan dan semaksud dengannya...

TAPI, takkanlah kita mahu menunggu kita sempurna atau kita tak berbuat sebarang kesalahan dahulu baru kita boleh menegur??alamatnya smpai bila-bila pun kita takkan mampu menegur kerana manusia memang tak sempurna...

       Nabi s.a.w. b'sabda yg b'mksud, "SsungguhY Allah, x m'azab orng ramai dgn p'buatn yg dilakukn oleh org yg khusus (Allah tdk m'azabkn org ramai apb ada gol. t'tentu m'gerjakn maksiat dlm klngn mrka) shinggalah mrka mlht maksiat blaku di kalangan mrka sdangkan mrka mmpu mncegahY ttpi tiba2 mrka tdk mcegahY."(riwayat Imam Ahmad)



Dan pastinya, tangan jangan pernah lekang menadah doa minta petunjuk dan hidayah dari Allah S.W.T


                        Seseorang yang hari ini LEBIH BAIK dari hari semalam, ia orang BERJAYA;
                      Seseorang yang hari ini SAMA dengan hari semalam, ia orang yang SIA-SIA;
                    Seseorang yang hari ini LEBIH BURUK dari hari semalam, ia orang yang CELAKA.



Wallahua'lam