Pages

Monday 26 March 2012

Berubah

Melakukan perubahan BUKAN perkara sukar. Yang sukar ialah kekal dalam perubahan yang dilakukan. 

Berubah? Apa yang perlu diubah? Dalam hidup ini, kita tidak boleh terlalu cepat berpuas hati. Dengan apa sahaja yang kita miliki atau yang kita lakukan. Pastinya bila berbicara mengenai perubahan, kita akan melakukan sesuatu yang lebih baik. Ada ke orang yang nak ubah ke arah yang lebih buruk? Pastinya tiada. 

Berubah ke arah kebaikan memang banyak cabarannya. Ialah, melakukan sesuatu yang baru yang lain daripada kebiasaan kita pastinya sukar. Analoginya, jika kita selalu menulis dengan tangan kanan, pastinya kekok bila disuruh menulis dengan tangan kiri? Benar bukan? :)

Saya punya seorang kawan. Dia memang berkeinginan untuk berubah. Sayu dengar cerita kisah hidupnya. Bagaimana didikan keluarga menjadikan dirinya sedikit alpa dengan dunia. Tapi, alhamdulillah, kesedaran untuk berubah itu ada. Namun, faktor terbesar yang melemahkan semangatnya ialah persekitaran. Persekitaran memang memainkan faktor penting dalam memacu diri ke arah yang lebih baik. Persekitaran yang baik, dikelilingi oleh teman-teman yang baik dan positif boleh menguatkan diri kita sendiri. Namun, bukan semua persekitaran itu baik.

Oleh itu, insan yang mahu berubah perlu cekal. Perubahan sedikit demi sedikit tetapi istiqamah itu amat baik. Namun, hidayah itu tidak datang bergolek. Kita mahu berubah? Haruslah ada usaha ke arah itu. Bagaimana mahu berusaha? Tuntutlah ilmu.

“Sesiapa yang Allah S.W.T kehendaki kebaikan padanya, akan diberi kefahaman di dalam agama.”
 - (Hadis riwayat Ahmad di dalam Kitab Min Musnad Bani Hashim)

Saya juga masih merangkak dalam usaha membaiki diri ke arah yang lebih baik. Sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan, bukan hanya untuk dunia, namun di akhirat sana juga perlu dititikberatkan. Wallahua'alam. :)

No comments:

Post a Comment