Pages

Sunday 25 March 2012

Noorah

Saya tidak pernah menjangka akan mengenali seorang wanita yang cukup KUAT!
Ya, sangat KUAT. melahirkan rasa kagum yang sangat tinggi.


‘Saat dia mula mengenal Islam, kisah silam yang suram hanya tinggal sejarah, walaupun ujian datang dengan seribu wajah’
-petikan muka depan NOORAH 


Saya tidak mengenali Noorah secara peribadi, namun, membacanya mengenai beliau melalui novel travelog tarbiah tulisan Ummu hani Abu Hassan membuatkan saya terasa ingin mengenali beliau secara peribadi.

Sedikit mengenai novel ini, asalnya, saya tertanya-tanya juga apa keistimewaan wanita ini sehingga kisah beliau dijadikan novel. Selepas beberapa bab pembacaan, saya temui sebabnya. Beliau sangat istimewa. cukup istimewa! Kathryn atau Noorah mengenali Islam selepas berhijrah ke London.

Hidupnya sentiasa teruji, kemelut rumah tangga, kehilangan anak-anak, penyakit barah dan lain-lain, namun beliau wanita tabah, ibu tunggal yang cukup kental jiwanya. Jujur, saya cukup mengagumi keperibadian beliau! Fikiran yang positif dan keyakinan bahawa terdapat hikmah di sebalik setiap ujian menguatkan lagi semangat beliau.


Untuk lebih jelas mengenai kisah hidup Noorah, dapatkan novel travelog tarbiah karya Ummu Hani Abu Hassan ini. Saya sangat mengesyorkan buku ini dijadikan bahan bacaan khususnya kepada kaum wanita.

*buku ini merupakan hadiah ulang tahun kelahiran saya ke-23. Kata si pemberi, dia mahu saya jadi seperti Noorah. InsyaAllah, saya sangat berterima kasih atas hadiah yang cukup bermakna ini. Syukran alaik :)

No comments:

Post a Comment