Syarat-syarat yang menghalalkan
nyanyian.
Nyanyian
merupakan salah satu alternatif hiburan kepada manusia. Nyanyian ialah mengeluarkan suara bernada, berlagu, sama ada dengan lirik atau tidak.
Lumrah manusia sukakan kelunakan atau kemerduan nyanyian atau suara. Oleh itu,
nyanyian yang merdu dan lunak disukai dalam keadaan tertentu terutamanya bagi
menenangkan hati yang kusut atau berserabut. Persoalan hukum nyanyian
dan muzik merupakan persoalan khilaf antara ulama sepanjang zaman. Ulama sememangnya
berselisih pendapat mengenai hukum nyanyian. Sesetengah ulama
berpendapat, sebarang bentuk nyanyian atau muzik adalah haram atas dasar ianya
melalaikan manusia dengan dalil-dalil tertentu antaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah telah
mengharamkan khamar, judi, dan muzik; semua yang memabukkan hukumnya haram.”
(Riwayat Al-Bukhari)
Namun,
tidak ada satu dalil yang jelas dalam Al-Quran dan hadith yang menunjukkan
pengharaman nyanyian malah terdapat hadith sahih yang mengharuskannya iaitu
hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah
saw telah masuk (menemui saya), ketika itu dua orang jariah (budak perempuan)
sedang menyanyi- nyanyi (memperingati perang) Baath. Baginda (mendengar nyanyian)
sambil berbaring ditempat baringku dan dipalingkan mukanya. (Tiba-tiba) masuk
Abu Bakar r.a serta mengherdik saya dengan katanya serunai (mizmar) syaitan disisi nabi saw.
Rasulullah saw mengadap Abu Bakar seraya berkata: Biarkan mereka menyanyi (tidak
mengapa). Apabila keadaan Rasulullah saw agak selesa dan leka, aku
mengisyaratkan dengan mataku kepada dua penyanyi tadi maka mereka pun berhenti
menyanyi dan keluar (meninggalkan kami).
Dalam
Islam sendiri juga tidak ada garis panduan yang jelas dan ketat mengenai
syarat-syarat yang mengharuskan nyanyian. Walau bagaimanapun, bagi
ulama yang mengharuskan nyanyian, masih ada garis panduan dan batas yang
ditetapkan bagi sesuatu nyanyian itu. Selagi nyanyian itu
tidak melanggar batas-batas syariat, ianya dibolehkan dan diharuskan andai tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam seperti mendorong manusia
membuat maksiat atau kerosakan. Nyanyian juga diharuskan bagi
meraikan sesuatu perkara yang menggembirakan seperti perkahwinan atau keraian.
Antara
syarat-syarat lain ialah tidak boleh disertai oleh perkara-perkara kemungkaran
seperti minum arak, berjudi, berzina dan bercampur antara lelaki dan perempuan.
Selain itu, nyanyian itu perlu bebas daripada menimbulkan cinta berahi pada
wanita atau sebaliknya dan mengandungi hal-hal yang tidak baik,
seperti dilakukan dengan cara-cara yang merangsangkan, suara yang menggoda dan
syair-syair yang porno. Nyanyian itu juga perlulah mempunyai
batas dan tidak menyebabkan kelalaian bagi orang yang mendengarnya seperti
meninggalkan solat atau menangguhkan pekerjaan yang lebih penting. Selain
daripada mesej atau kandungan nyanyian, aspek penyampaian atau persembahan juga
perlu dititikberatkan. Nyanyian yang membawa mesej yang positif jika
disampaikan dengan cara yang tidak sesuai seperti penyanyinya mendedahkan aurat
dan sebagainya adalah dilarang. Hal ini kerana ianya akan menimbulkan fitnah
dan menaikkan nafsu orang yang melihatnya.
Menurut
Majlis Fatwa Kebangsaan, Jawatankuasa Syariah memutuskan sebulat
suara untuk meletakkan syarat-syarat berikut untuk mengharuskan nyanyian
antaranya ialah penganjuran nyanyian tersebut adalah bertujuan untuk kebaikan.
Selain itu, pakaian hendaklah sopan dan menutup aurat dan tidak bercampur aduk
lelaki perempuan sehingga menimbulkan fitnah dan merangsang kemaksiatan. Senikata
atau lirik juga perlulah bermutu dan tidak bercanggah dengan hukum syarak
selain tempat dan gaya persembahan yang tidak mengundang maksiat
Antara dalil yang diguna pakai oleh ulama yang membenarkan nyanyian ialah dalil daripada Surah Luqman, ayat 19 yang bermaksud; “...dan lunakkanlah suaramu. Sesungguh-nya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”. Selain itu terdapat hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud; Aisyah pernah mengahwinkan seorang wanita dengan seorang laki-laki Ansar. Ketika itu Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya “Wahai Aisyah, tidak adakah kalian mempunyai hiburan (nyanyian) sesungguhnya orang-orang Ansar menyukai hiburan (nyanyian)” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad bin Hanbal).
Pada
dasarnya, mendengar nyanyian adalah tidak salah namun hukumnya berubah menjadi haram sekiranya syarat-syaratnya tidak dipenuhi.
Menurut Dr Wahbah Az-Zuhaili
“Sesungguhnya lagu-lagu patriotik atau yang mendorong pada kebaikan atau jihad (perjuangan), tiada halangan (haram) baginya dengan syarat tiada percampuran bebas dan menutup aurat wanita kecuali muka dan tapak tangan. Namun lagu-lagu yang mendorong pada kejahatan, tidak syak akan pengharamannya, hatta di kalangan mereka yang mengharuskan nyanyian, khususnya kemungkaran di radio dan televisyen yang banyak terdapat di zaman kita hari ini”.
“Sesungguhnya lagu-lagu patriotik atau yang mendorong pada kebaikan atau jihad (perjuangan), tiada halangan (haram) baginya dengan syarat tiada percampuran bebas dan menutup aurat wanita kecuali muka dan tapak tangan. Namun lagu-lagu yang mendorong pada kejahatan, tidak syak akan pengharamannya, hatta di kalangan mereka yang mengharuskan nyanyian, khususnya kemungkaran di radio dan televisyen yang banyak terdapat di zaman kita hari ini”.
Dalam kalangan ulama Fiqh terdapat dua jenis haram, iaitu haram zati
(kerana bendanya), dan haram aridi (kerana sifat atau penggunaannya). Alat-alat
muzik dan nyanyian tergolong dalam jenis kedua, iaitu pengharamannya bergantung
pada penggunaan dan isinya.
Antara rujukan:
Baha Zain, 1999, Mencari Imej Malaysia, Yayasan Kesenian Perak, Perak.
Hashim Awang AR, 1997, Seni dan Kosmologi, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Raja Ahmad Aminullah, 2004, Isu-Isu dan Cabaran Tradisi dan Seni Sezaman, Yayasan Kesenian Perak.
Manja Mohd Ludin (1995), Aspek-Aspek Kesenian Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Seyyed Hossein Nasir (1987), Spiritualitas dan Seni Islam, Mizan, Bandung.
Abdurrahman Al- Baghdadi (1991), Seni Dalam Pandangan Islam : Seni Vocal, Musik, Tari, Gema Insani Press, Jakarta.
Jadi, sebagai manusia yg dikurniakan akal fikiran yg sihat dan waras, kita sendiri nilailah apa yg baik, dan apa yg buruk. Fikir-fikirkan demi masa hadapan kita yg hakiki :)
Wallahua'lam